Symplicity Catheter System, ialah nama alat yang
mampu melemahkan saraf yang terlibat dengan darah tinggi. Ia melemahkan saraf
tersebut yang duduknya di dinding arteri buah pinggang (renal artery). Kateter
tersebut dimasukkan melalui arteri Femur (femoral artery) di pangkal betis dan
wayar tersebut terus dibawa masuk ke buah pinggang. Setelah berada di buah
pinggang, hujung kateter tersebut (wayar) akan memancarkan frekuensi gelombang
radio berkuasa rendah (electromagnetic wave) untuk melemahkan saraf simpatetik
di sekitarnya. Apa yang sangat menarik ialah, implan tersebut tidak perlu
dipakai selamanya, hanya dipakai sementara waktu sebelum saraf tersebut benar
benar telah dilemahkan.
2. iPhone / iPad Membolehkan Doktor Untuk
Lihat Data Terkini Pesakit
Pemantauan Pesakit dapat mengetahui maklumat pesakit sejarah
dari semasa pesakit masuk ke dalam ambulan sehingga
masa pesakit keluar dari hospital.
IPhone baru dan
aplikasi iPad boleh mengintegrasikan peranti pemantauan pesakit
bioperubatan dengan sistem maklumat hospital. Ini membolehkan doktor untuk
mengakses pesakit gelombang,
tanda-tanda penting dan kritikal yang lain ukuran klinikal pada iPad dan
iPhone mereka.
3. Wifi Tablet Pc For Medical
Professional
Tablet PC terbaru untuk kegunaan
kakitangan professional kesihatan. Penggunaan alatan ini dapat menjimatkan
tenaga, masa dan kos. Ia juga dapat memberikan penjimatan sehinggan 60 minit
sehari kepada jururawat dan doktor berbanding dengan penggunaan kertas. Alat
ini juga dilengkapi barcode scanner, RFID reader, digital camera dan wireless.
Penggunaannya amat sesuai dengan bebanan kerja yang semakin meningkat di
hospital sekaligus memberikan perkhidmatan yang lebih efisyen.
4.
Gluco
Wristband Monitor
Peningkatan penghidap kencing manis
semakin meningkat di Malaysia dan ia perlu dibendung. Dengan adanya alat yang
mampu memberikan bacaan gula dalam darah secara non-invasive dengan cepat dapat
meningkatkan tahap kesihatan masyarakat di negara kita. Alat ini juga dicipta
bukan sahaja untuk memberikan bacaan gula dalam darah malah menyimpan bacaan
lepas dan dilengkapi dengan suntikan insulin. Ia amat mesra pengguna dan
memudahkan pesakit
5.
Vascular Visualization
Penggunaan teknologi terbaru ini
dapat memudahkan jururawat dan doktor untuk mengesan dengan lebih tepat
kedudukan salur darah bagi kemasukan Intrvenous line dan pemberian cecair
intravena. Alat ini mampu memberikan penjimatan masa buat pekerja kesihatan.
6.
Wireless
Monitoring System
Sistem pemantauan tanpa wayar ini
amat sesuai digunakan dalam bidang perubatan. Penggunaan sistem ini amat
praktikal dan dapat memberikan tumpuan penuh kepada pesakit yang menerima
rawatan. Sistem ini berfungsi melalui pemakaian jam yang mampu memberikan
bacaan tanda vital pesakit yang terkini kepada jururawat, doktor dan juga
dimasukkan ke pengkalan data hospital sebagai rujukan.
7.
Intravenous
Site Protector Dressing
Produk ini adalah antara inovasi
yang amat berguna terutama kepada pesakit kanak-kanak. Tindakan kanak-kanak
yang diluar jangkaan kita menjadikan produk ini amat berguna. Ia dapat
melindungi Intravenous Line daripada tercabut.
Ia merupakan kanula intravena
dapat mengurangkan kesakitan semasa di masukkan ke dalam salur darah dan secara
automatik ubat bius di berikan kawasan yang hendak disuntik melalui jarum kecil
sebelum jarum besar dimasukkan menembusi kulit ke salur darah. Ini dapat
mengurangkan rasa sakit dan membuatkan pesakit merasa lebih selesa.
9. Helmet Pengesan Otak
Dengan menggunakan helmet ini, orang ramai dapat melihat darjah ketenangan seseorang yang menggunakannya. Otak merupakan organ yang menjadi pusat kawalan utama tubuh seseorang. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Otak menganalisis maklumat dan kemudian menghantar utusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Ia merupakan punca fikiran, mood dan emosi. Kecanggihan teknologi menyebabkan pereka dapat mencipta alatan yang dapat mengesan aktiviti seleberal dalam otak manusia.
10.
“Heart Mate 11”
Penggunaan jantung palsu tanpa denyutan bagi menyelamatkan pesakit yang mengalami masalah jantung kritikal. Jantung palsu yang diletakkan di dalam dada itu mengandungi satu pam berputar yang membantu membekalkan darah ke seluruh badan. Bateri khas yang membantu menghidupkan alat itu mampu bertahan selama lapan hingga 10 jam dan perlu ditukar dengan bateri lain apabila tiba masanya.
No comments:
Post a Comment