Wednesday 23 May 2012

Biodata Saya...



 

NAMA                       : NORHAMIZAH BINTI MOHAMED

NO. MATRIK            : A135263

PROGRAM               : IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATAN (SEPARUH MASA)

TAHUN PENGAJIAN  :  TAHUN 2

SEMESTER              : 2 

EMAIL                      :  norhamizahmohamed@yahoo.com

FACEBOOK             :  Mieza Norhamizah

NO HP                      :  012-2637175

ALAMAT RUMAH  : C-15-6 VISTA AMANI KONDOMINIUM,
                                    JLN TASIK PERMAISURI 3,
                                    BDR SRI  PERMAISURI,
                                    56000 KUALA LUMPUR

BBM Bukan Elektronik (Penguin)

        

              Ibu dan anak penguin di perbuat daripada botol air bicarbonat yang besar dan yang kecil, penyepit baju, kotak dan spray 3 warna iaitu hitam, kuning dan putih.

Friday 18 May 2012

BBM Elektronik (Pasu Bunga Ku Sayang)

Pasu bunga yang mengeluarkan cahaya dari mentol yang menggunakan kuasa bateri dan mempunyai butang yang berwarna merah untuk di tolak ke kiri dan ke kanan bagi membuka dan menutup lampu.


Wednesday 9 May 2012

Jururawat Perlu Selari Dengan Perkembangan Teknologi Moden

           

      


         Profesion kejururawatan perlu selari dengan kemajuan teknologi bagi memastikan ia relevan pada era ini. Perkembangan ini adalah amat penting bagi menggunakan konsep asas kejururawatan dengan teknologi bagi mengubah tanggapan dan cara penyampaian berhubung penjagaan kejururawatan. Dalam dunia serba moden, teknologi perlu disepadukan dengan baik dengan kejururawatan kerana ia mewakili kombinasi yang kukuh bagi menyumbang kepada kesejahteraan dan kesihatan seseorang pesakit.
Dengan persepaduan teknologi dan sikap penyayang bersama-sama di dalam profesion ini boleh meningkatkan khidmat yang disediakan dan memaksimumkan hasil keperluan pesakit.
Penggunaan teknologi adalah amat baik dalam bidang kejururawatan kerana ia membantu mereka menyediakan khidmat penjagaan yang berkualiti dan mengurangkan kesilapan manusia atau merancang rawatan yang disediakan
Teknologi dapat menyumbang kepada penjagaan kesihatan yang efisien, berkualiti dan selamat dan dapat meningkatkan cara jururawat membuat keputusan dan jagaan pesakit selain mengurangkan bebanan tugas.

10 Video Teknologi dan Inovasi


                       1) Coca-Cola VS Pepsi


             
                  2) Funny Commercial

                        


                   3) The Worlds Coolest Bed

 
                      


                              4) Innovative Product



                         
                   5) How Brilliant And Innovative Idea

                    


              6) Check Clip Medication Error Reduction Device

                      


                          7) Hello Nurse








8) Nursing Experiences : Funny Encounters With A
                Difficult Patient




                     9) Luxury Swimming Pool




                   10) Bicycles you've never seen before!

Tuesday 8 May 2012

10 Foto Teknologi dan Inovasi

TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PRODUK PERUBATAN

1.     Kaedah Rawatan Darah Tinggi Terbaru Menggunakan Kateter (Intervensyen)



           Symplicity Catheter System, ialah nama alat yang mampu melemahkan saraf yang terlibat dengan darah tinggi. Ia melemahkan saraf tersebut yang duduknya di dinding arteri buah pinggang (renal artery). Kateter tersebut dimasukkan melalui arteri Femur (femoral artery) di pangkal betis dan wayar tersebut terus dibawa masuk ke buah pinggang. Setelah berada di buah pinggang, hujung kateter tersebut (wayar) akan memancarkan frekuensi gelombang radio berkuasa rendah (electromagnetic wave) untuk melemahkan saraf simpatetik di sekitarnya. Apa yang sangat menarik ialah, implan tersebut tidak perlu dipakai selamanya, hanya dipakai sementara waktu sebelum saraf tersebut benar benar telah dilemahkan.



2.     iPhone / iPad Membolehkan Doktor Untuk Lihat Data Terkini Pesakit




         Pemantauan Pesakit dapat mengetahui maklumat pesakit sejarah dari semasa pesakit masuk ke dalam ambulan sehingga masa pesakit keluar dari hospital. IPhone baru dan aplikasi iPad boleh  mengintegrasikan peranti pemantauan pesakit bioperubatan dengan sistem maklumat hospital. Ini membolehkan doktor untuk mengakses pesakit gelombang, tanda-tanda penting dan kritikal yang lain ukuran klinikal pada iPad dan iPhone mereka.


3.  Wifi Tablet Pc For Medical Professional



              Tablet PC terbaru untuk kegunaan kakitangan professional kesihatan. Penggunaan alatan ini dapat menjimatkan tenaga, masa dan kos. Ia juga dapat memberikan penjimatan sehinggan 60 minit sehari kepada jururawat dan doktor berbanding dengan penggunaan kertas. Alat ini juga dilengkapi barcode scanner, RFID reader, digital camera dan wireless. Penggunaannya amat sesuai dengan bebanan kerja yang semakin meningkat di hospital sekaligus memberikan perkhidmatan yang lebih efisyen.

4.     Gluco Wristband Monitor



            Peningkatan penghidap kencing manis semakin meningkat di Malaysia dan ia perlu dibendung. Dengan adanya alat yang mampu memberikan bacaan gula dalam darah secara non-invasive dengan cepat dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat di negara kita. Alat ini juga dicipta bukan sahaja untuk memberikan bacaan gula dalam darah malah menyimpan bacaan lepas dan dilengkapi dengan suntikan insulin. Ia amat mesra pengguna dan memudahkan pesakit

5.  Vascular Visualization




             Penggunaan teknologi terbaru ini dapat memudahkan jururawat dan doktor untuk mengesan dengan lebih tepat kedudukan salur darah bagi kemasukan Intrvenous line dan pemberian cecair intravena. Alat ini mampu memberikan penjimatan masa buat pekerja kesihatan.


6.     Wireless Monitoring System



          Sistem pemantauan tanpa wayar ini amat sesuai digunakan dalam bidang perubatan. Penggunaan sistem ini amat praktikal dan dapat memberikan tumpuan penuh kepada pesakit yang menerima rawatan. Sistem ini berfungsi melalui pemakaian jam yang mampu memberikan bacaan tanda vital pesakit yang terkini kepada jururawat, doktor dan juga dimasukkan ke pengkalan data hospital sebagai rujukan.


7.  Intravenous Site Protector Dressing




             Produk ini adalah antara inovasi yang amat berguna terutama kepada pesakit kanak-kanak. Tindakan kanak-kanak yang diluar jangkaan kita menjadikan produk ini amat berguna. Ia dapat melindungi Intravenous Line daripada tercabut.


8.  Integrated Local Anesthetic Delivery System 





             Ia merupakan kanula intravena dapat mengurangkan kesakitan semasa di masukkan ke dalam salur darah dan secara automatik ubat bius di berikan kawasan yang hendak disuntik melalui jarum kecil sebelum jarum besar dimasukkan menembusi kulit ke salur darah. Ini dapat mengurangkan rasa sakit dan membuatkan pesakit merasa lebih selesa.

9.    Helmet Pengesan Otak

   

         Dengan menggunakan helmet ini, orang ramai dapat melihat darjah ketenangan seseorang yang menggunakannya. Otak merupakan organ yang menjadi pusat kawalan utama tubuh seseorang. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Otak menganalisis maklumat dan kemudian menghantar utusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Ia merupakan punca fikiran, mood dan emosi. Kecanggihan teknologi menyebabkan pereka dapat mencipta alatan yang dapat mengesan aktiviti seleberal dalam otak manusia.
10.            “Heart Mate 11”

             
                 Penggunaan jantung palsu tanpa denyutan bagi menyelamatkan pesakit yang mengalami masalah jantung kritikal. Jantung palsu yang diletakkan di dalam dada itu mengandungi satu pam berputar yang membantu membekalkan darah ke seluruh badan. Bateri khas yang membantu menghidupkan alat itu mampu bertahan selama lapan hingga 10 jam dan perlu ditukar dengan bateri lain apabila tiba masanya.