Wednesday 9 May 2012

Jururawat Perlu Selari Dengan Perkembangan Teknologi Moden

           

      


         Profesion kejururawatan perlu selari dengan kemajuan teknologi bagi memastikan ia relevan pada era ini. Perkembangan ini adalah amat penting bagi menggunakan konsep asas kejururawatan dengan teknologi bagi mengubah tanggapan dan cara penyampaian berhubung penjagaan kejururawatan. Dalam dunia serba moden, teknologi perlu disepadukan dengan baik dengan kejururawatan kerana ia mewakili kombinasi yang kukuh bagi menyumbang kepada kesejahteraan dan kesihatan seseorang pesakit.
Dengan persepaduan teknologi dan sikap penyayang bersama-sama di dalam profesion ini boleh meningkatkan khidmat yang disediakan dan memaksimumkan hasil keperluan pesakit.
Penggunaan teknologi adalah amat baik dalam bidang kejururawatan kerana ia membantu mereka menyediakan khidmat penjagaan yang berkualiti dan mengurangkan kesilapan manusia atau merancang rawatan yang disediakan
Teknologi dapat menyumbang kepada penjagaan kesihatan yang efisien, berkualiti dan selamat dan dapat meningkatkan cara jururawat membuat keputusan dan jagaan pesakit selain mengurangkan bebanan tugas.

15 comments:

  1. Amat setuju dengan penggunaan teknologi adalah amat baik dalam bidang kejururawatan kerana ia membantu mereka menyediakan khidmat penjagaan yang berkualiti dan mengurangkan kesilapan manusia atau merancang rawatan yang disediakan
    Teknologi dapat menyumbang kepada penjagaan kesihatan yang efisien, berkualiti dan selamat dan dapat meningkatkan cara jururawat membuat keputusan dan jagaan pesakit selain mengurangkan bebanan tugas

    ReplyDelete
  2. Diera global ICT digunakan secara meluas, bukan setakat melayari internat atau menggunakan tenknologi canggih semasa menjalankan tugasan, malahan para jururawat juga perlu mengambil untuk lebih berinovasi kerana melalui ICT terlalu banyak info terkini yang boleh diperolehi...so ambillah peluang ini

    ReplyDelete
  3. Adanya sistem teknologi ini,pengurusan masa dalam jagarawatan antara jururawat dan pesakit dapat di pertingkatkan disamping meningkatkan interaksi antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  4. Dizaman yang canggih ini, jujurawat perlu seiring dengan perkembangan semasa, agar tidak dianggap ketinggalan zaman. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan.

    ReplyDelete
  5. Dengan adanya ICT dalam bidang kejururawatan ianya dapat memudahkan kerja-kerja seharian jururawat,menjimatkan kos dan masa.

    ReplyDelete
  6. saya juga amat bersetuju dengan kenyataan diatas, penggunaan ICT adalah penting dalam mempercepatkan proses kerja dan meningkatkan mutu kerja jururawat

    ReplyDelete
  7. Sy setuju. It amat membantu dlm kerja seharian jururawat. Selain dpt membantu memperkembangkan ilmu pengetahuan...

    ReplyDelete
  8. Memang tidak dapat dinafikan jururawat perlu selari dengan kemajuan ICT yang ada sekarang sepaya tidak dikatakan ketinggalan zaman. Tapi...jururawat perlu juga berlari bila...pesakit collapse, pesakit nak absconded dan bila dah tak tahan nak terkucil masa tengah diarroea...he..he..jgn mare ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu kak....ict merupakan satu bidang yang perlu jururawat pelajari supaya jururawat dan ict seiring dengan kehendak globalisasi pada masa kini....dan akhir skali terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang sudi komen dalam blog saya....

      Delete
  9. Saya setuju dengan penyataan anda. Bidang IT amat penting dalam bidang kejururawatan kerana ia mudah dalam proses pencarian maklumat untuk digunakan dalam proses jagarawatan pesakit.

    ReplyDelete
  10. Seseorang jururawat dapat merangka perawatan yang berkesan dan berterusan bagi membawa perubahan dinamik dalam penjagaan dan perawatan pesakit. Kelebihan internet secara berterusan dapat membantu jururawat dalam melancarkan proses jagarawatan pesakit melalui pelbagai perkara contohnya dari segi perawatan,ubat-ubatan,penjagaan rawatan pesakit dirumah,rawatan susulan,keselamatan pesakit di wad dan dirumah.Dengan adanya internet berterusan di dalam bidang kejururawatan ini dapat meningkatkan pendidikan jururawat dalam memberi perkhidmatan terbaik bagi pesakit-pesakit.

    ReplyDelete
  11. saya bersetuju kerana ia membantu jururawat dalam penjagaan pasakit dan meningkatkan mutu perawatan.

    ReplyDelete
  12. Selari dengan perkembangan teknologi perubatan, inovasi teknologi maklumat juga telah memudahkan maklumat disampaikan kepada mereka yang dipertanggungjawab mengendali teknologi berkenaan terutama para jururawat. Oleh itu, adalah penting bagi jururawat untuk sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan teknologi bagi memastikan sumbangan mereka sentiasa relevan.

    ReplyDelete
  13. saya setuju dengan topik diatas,ICT amat penting dalam bidang kejururawatan pada masa kini kerana dapat membantu pencarian maklumat dengan lebih mudah dan tepat tentang masalah pesakit dan perawatan yang perlu diberikan.

    ReplyDelete
  14. 'Jururawat Perlu Selari Dengan Perkembangan Teknologi Moden', kenyataan tersebut sememangnya benar dan amat penting kerana pihak pengurusan hospital terutama PPUKM telah banyak membuat penambahbaikan dalam bidang ini demi membolehkan jururawat memberi perkhidmatan dan jagarawatan yang terbaik kepada semua pesakit.

    ReplyDelete