Sunday 15 April 2012

Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan

   5 langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian

1.    Dalam bidang pendidikan kini, kaedah pembelajaran bukanlah lagi menggunakan papan tulis ataupun kad bod yang dipaparkan dihadapan kelas.  Dalam era teknologi yang serba canggih ini,  cara pembelajaran sudah berubah dengan menggunakan aplikasi perkomputeran dimana pembelajaran boleh diadakan secara langsung atau tidak langsung.  Justeru dengan menggunakan pelbagai teknologi audio dan video cara penyampaian adalah lebih menarik dan boleh megelakkan kebosanan semasa belajar.
2.   Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif. Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. Pelajar berpeluang mendapatkan pengalaman berbincang dengan pakar dari universiti melalui e-mel. Apabila semakin banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global.
3.   Penggunaan e-learning, e-library atau telesidang video memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada pelajar menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif untuk dijadikan rutin dalam aktiviti harian pelajar.

4.   Pihak kerajaan juga perlu memberi galakkan  dengan  bantuan kewangan serta memberi ruang untuk menyumbangkan idea di dalam penginovasian teknologi agar suatu hari nanti ianya sangat berguna kepada masyarakat dan dunia.  Dan dengan cara ini juga dapat mengharumkan nama negara apabila mereka berjaya.

5. Media massa hendaklah menyebarkan lebih banyak maklumat mengenai teknologi dan inovasi dalam internet, televisyen, Facebook, youtube, twitter, surat khabar dan sebagainya untuk menggalakkan masyarakat menggunakan teknologi dan seterusnya mencetus minda mereka untuk mencipta sesuatu inovasi yang memberi faedah kepada semua dan dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian dan dapat dipelajari sepanjang masa dengan mudah.
Nama : Norhamizah Binti Mohamed
No Matrik : A135263
Tahun Pengajian : Tahun 2 (Separuh Masa)
Fakulti : Perubatan
Facebook : Mieza Norhamizah
url youtube: